Ahad, 20 Oktober 2019 | 8:56am
PEMAIN Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) diasak pemain Crystal Palace, Jeffrey Schlupp pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park Stadium. - Foto AFP

City bangkit atasi Palace, Spurs tercicir mata lagi

LONDON: Manchester City mudah menewaskan Crystal Palace, malam tadi ketika Tottenham Hotspur berdepan satu lagi detik yang sukar selepas mengelak kekalahan kepada pasukan yang bergelut Watford.

Skuad kendalian Pep Gurdiola bertandang ke sini dengan ketinggalan lapan mata di belakang peneraju selepas mengalami dua kekalahan daripada empat aksi terakhir, namun dilihat menguasai permainan disamping langsung tidak bergelut kali ini.

Terdahulu, Tottenham bangkit daripada satu lagi kekalahan yang boleh mencalarkan reputasi mereka manakala Chelsea dan Leicester City masing-masing mencatat kemenangan untuk mengukuhkan status sebagai pasukan pencabar empat terbaik.

City mengatasi Palace 2-0 dengan jaringan babak pertama Gabriel Jesus dan David Silva selain dinafikan ketangkasan penjaga gol Wayne Hennessey untuk berkenduri gol.

Giardiola memuji benteng pertahannya sambil menuntut penyudah yang lebih tajam daripada barisan serangannya yang merakam 21 percubaan di Selhurst Park Stadium.

"Malang sekali, kami gagal memanfaatkan peluang yang diperolehi tetapi ia tetap tiga mata yang penting selepas rehat antarabangsa," katanya.


PEMAIN Manchester City, Gabriel Jesus meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park Stadium. - Foto Reuters

Sementara itu, bos Spurs Mauricio Pochettino melihat pasukannya sekadar terikat 1-1 dengan Watford di laman sendiri selepas berdepan kekalahan malapetaka 3-0 di Brighton dan 2-7 di tangan Bayern Munich.

Spurs yang sekadar mencatat tiga kemenangan daripada 12 perlawanan pertama semua pertandingan ketinggalan seawal minit keenam menerusi penyudah hebat Abdoulaye Doucoure.

Tetapi Dele Alli menyambar gol penyamaan lewat permainan iaitu jaringan pertamanya sejak Januari lalu.

Terdapat pertikaian berhubung jaringannya itu selepas pengadil bantuan video (VAR) seakan membatalkannya sebelum pengadil membuat keputusan mengesahkannya.

"Kami menjadikan ia begitu sukar,' kata Alli. "Kami menguasai permainan dan beraksi baik. Ia adalah permulaan sulung saya dan amat gembira untuk kembali dalam pasukan."

Dalam pada itu, Marcus Alonso muncul wira Chelsea apabila jaringan tunggalnya membantu Chelsea mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Newcastle di Stamford Bridge.

Leicester pula memerlukan jaringan kemenangan Youri Tielemans untuk mengatasi Burnley 2-1 di Stadium King Power.

- AFP


PEMAIN Manchester City, David Silva (kanan) menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park Stadium. - Foto Reuters

Berita Harian X