Khamis, 17 Oktober 2019 | 7:48pm
Ahmad Syamim Yahya. - Foto Rozainah Zakaria

Syamim cari pasukan baru

 

KUANTAN: Selepas khidmatnya tidak diperlukan lagi Terengganu FC (TFC) musim depan, usaha mencari majikan baru mula dilakukan bekas pemain kebangsaan Ahmad Syamim Yahya.  

Menurut pemain kelahiran Raub itu, selepas menerima surat pelepasan kontrak daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNT) kelmarin, dia kini bebas mencari pasukan baru bagi meneruskan kerjaya dalam bola sepak tempatan.  

Menurutnya, dia seronok dapat bersama TFC kendalian ketua jurulatih Mohd Nafuzi Mohd Zain selama semusim namun mendukacitakan ialah tidak dapat membawa pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Super.  

"Mungkin rezeki TFC tidak ada musim ini, walaupun dibarisi ramai pemain tempatan dan import berpengalaman namun kejayaan diimpikan tidak juga kunjung tiba.  

"Saya mendoakan pasukan itu mencatat kejayaan lebih bermakna pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.  

Katanya, dia akan menerima tawaran pasukan baru musim depan sekiranya sesuai namun masih terlalu awal untuk  memikirkan perkara itu buat waktu ini.  

Menurutnya, kini dia ingin berehat sepuasnya bersama keluarga di Raub dan selepas itu akan mula memikirkan mengenai musim depan.  

Berita Harian X