Rabu, 16 Oktober 2019 | 10:47pm
PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero. - Foto Reuters

Aguero terbabit kemalangan

LONDON: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero terbabit dalam kemalangan kereta sebelum sempat menyertai sesi latihan hari ini tetapi tidak mengalami kecederaan, menurut laporan media Britiain.

Sky Sport melaporkan bintang Argentina berusia 31 tahun itu dalam perjalanan ke pusat latihan City ketika ditimpa musibah berkenaan.

Gambar kemalangan itu kemudian tersebar di media sosial yang menyaksikan kerosakan pada bahagian depan kenderaan yang dinaiki Aguero.

Aguero tidak memerlukan rawatan perubatan dan menyertai latihan pasukan menjelang kunjungan ke Crystal Palace untuk aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Aguero sudah meledak lapan gol untuk skuad Pep Guardiola musim ini dan menjadi penjaring terbanyak bersama penyerang Chelsea, Tammy Abraham.

Aguero pernah patah tulang rusuk dalam kemalangan jalan raya di Belanda dua tahun lalu ketika dalam perjalanan menyaksikan konsert di Amsterdam.

- Reuters

Berita Harian X