Khamis, 10 Oktober 2019 | 8:33pm
SEORANG wanita menjual tiket di perkarangan Stadium My Dinh. - Foto Mohd Yusni Ariffin
PENYOKONG Vietnam membeli tiket daripada seorang wanita di perkarangan Stadium My Dinh. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ulat tiket Vietnam jual RM400 sekeping

 

HANOI: RM300 hingga RM400 sekeping!. Itu harga tiket ditawarkan 'ulat tiket Vietnam' untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 membabitkan skuad Naga Emas dan Harimau Malaya di Stadium My Dinh.

Harga yang ditawarkan itu jelas tinggi namun yang menghairankan adalah penjualan secara haram itu dilakukan secara terbuka.

Tinjauan dilakuķan mendapati ada segelintir penyokong Vietnam masih berurusan dengan ulat tiket yang terdiri daripada wanita berusia bagi mendapatkan tiket masing-masing.

Difahamkan, wujudnya permintaan daripada peminat menjadi faktor kepada kewujudan penjualan secara tidak sah.

"Saya diberitahu harga tiket berkenaan 1.6 juta Dong hingga 2.2 juta Dong," kata seorang penyokong Vietnam ditemui.

Jualan tiket aksi Harimau Malaya secara atas talian dan bernombor tempat duduk mula dilaksanakan Ogos lalu ketika aksi persahabatan menentang Jordan.

Berita Harian X