Jumaat, 27 September 2019 | 9:59pm
Gambar fail, pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino. - Foto REUTERS

United minat khidmat Pochettino

LONDON: Manchester United dilapor akan memancing Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu pasukan itu sekiranya mereka memecat Ole Gunnar Solskjaer.

Bagaimanapun, kelab berkenaan perlu membayar pampasan sebanyak 32 juta pound (RM) bagi membawa pengurus Tottenham Hotspurs itu ke Old Trafford.

Pengendali dari Argentina itu antara yang dikaitkan untuk membimbing United pada Disember tahun lalu ketika Jose Mourinho dipecat kelab berkenaan.

Pochettino ketika itu memilih terus bersama Spurs dan membawa pasukan berkenaan ke final Liga Juara-Juara. Bagaimanapun, dia kini difahamkan kecewa susulan prestasi hambar anak buahnya pada awal saingan musim ini.

Malah, dia juga bimbang dengan masa depan bintang utama kelab itu sekiranya mereka memilih untuk bersama kelab baharu.

Mengikut laporan akhbar The Sun, United kini sudah memulakan langkah bagi membolehkan Pochettino mengambil alih tugas daripada Solskjaer.

Masa depan Solskjaer menjadi perbualan hangat selepas prestasi hambar barisan pemain United awal musim ini sehingga menyaksikan mereka kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

- AGENSI

Berita Harian X