Isnin, 9 September 2019 | 7:46pm

Mana hilangnya pemain ke-12 Harimau Malaya?

KUALA LUMPUR: Mana lagi penyokong Harimau Malaya? 

Itu persoalan yang timbul selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 21,000 tiket perlawanan bagi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terjual sehingga kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Jumlah itu boleh dikatakan sedikit jika dibandingkan dengan kapasiti Stadium Nasional, Bukit Jalil yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton.

Menurut FAM, penyokong boleh mendapatkan tiket yang dijual secara online di www.tickethotline.com.my sehingga 11.59 malam ini.

Malah, penyokong juga boleh membeli tiket di kaunter stadium bermula jam 2 petang esok di pintu A, B, C dan D bagi penyokong Malaysia, manakala pintu E bagi peminat UAE.

 

 

 

Berita Harian X