Sabtu, 7 September 2019 | 9:52pm
SAMUEL Eto

Eto gantung but

PARIS: Pemain terbaik Afrika empat kali dari Cameroon, Samuel Eto mengumumkan persaraannya hari ini pada usia 38 tahun.

"Tamat, bersedia untuk cabaran baharu," bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Chelsea itu di laman Instagram miliknya.

"Terima kasih semua, saya sayang kamu semua, adrenalin."

Eto menikmati kemuncak kerjayanya sepanjang lima musim bersama Barcelona bermula 2004 hingga 2009.

Sepanjang tempoh itu, dia berjaya dua kali merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan tiga kali juara Liga Sepanyol sebelum berpindah ke Inter.

Dia membantu pasukan bimbingan Jose Mourinho meraih ‘treble’ dengan menjuarai saingan Liga Juara-Juara, Serie A dan Piala Itali pada musim pertamanya di Itali sebelum menyertai kelab Russia, Anzhi Makhachkala.

Eto juga sempat menyarung jersi Chelsea dan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Tahun lalu, selepas menyertai kelab Turki, Konyaspor untuk tempoh jangka pendek, dia membuat keputusan beraksi bersama kelab Qatar, Qatar Sports Club yang juga kelab terakhirnya.

Ketika mewakili Cameroon, dia dua kali menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika selain pingat emas Olimpik 2000. - AFP

Berita Harian X