Rabu, 14 Ogos 2019 | 11:05am
BINTANG muda Belanda, Donny van de Beek. - Foto AFP

Van de Beek berat hati tinggalkan Ajax

AMSTERDAM: Bintang muda Belanda, Donny van de Beek sedia kekal di Ajax meskipun dia kini giat dipancing Real Madrid.

Pemain berusia 22 tahun itu mengesahkan Madrid sudah berunding dengan Ajax berhubung kemungkinan perpindahannya selepas usaha Real mendapatkan penyerang Manchester United, Paul Pogba dikatakan kian malap.

Van de Beek, yang menyinar membantu Ajax di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu mengakui dia tidak pasti mengenai masa depannya tetapi sedia kekal di Amsterdam.

"Real adalah kelab yang menakjubkan. Begitu juga dengan Ajax," katanya.

"Saya tidak ada sebarang komplen mengenainya. Saya tidak pasti dengan hasil rundingan itu, saya mungkin kekal di sini.

Diasak mengenai masa depannya dia berkata: "Saya juga berharap begitu kerana saya sudah bosan dengan segala pertanyaan mengenainya.”

Van de Beek terbabit membantu Ajax menewaskan POAK 3-2 sekali gus mara ke aksi playof dengan agregat 5-4 dalam saingan pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Pengarah Bolasepak Ajax, Marc Overmars juga menyuarakan keyakinan bahawa Van de Beek akan kekal lebih lama bersama Ajax.

"Saya rasa dia tak perlukan masa terlalu lama untuk membuat keputusan,” kata Overmars.

Ditanya mengenai kemungkinan Van de Beek akan kekal, dia menjawab: "Saya pasti ya.”

Overmars bagaimanapun mengesahkan minat mendalam beberapa pasukan ternama ke atas pemain itu. – Agensi

1068 dibaca
Berita Harian X