Rabu, 14 Ogos 2019 | 9:10am
NOVAK Djokovic membalas pukulan Sam Querrey pada pusingan pembukaan Masters Cincinnati ATP, awal pagi ini. - Foto USA TODAY Sports

Djokovic bermula goyah

CINCINNATI: Novak Djokovic bermula goyah dalam misi mempertahankan kejuaraannya apabila memperoleh kejayaan 7-5, 6-1 kepada Sam Querrey dalam pusingan pembukaan Masters Cincinnati ATP awal pagi ini.

Pemain nombor satu dunia itu dan juga pemain pilihan utama melakukan kesilapan berganda sebanyak tiga kali hingga menyebabkan dia kehilangan servis pembukaan sebelum kembali mendapatkan rentak permainan.

Querrey melakukan lima break pada lima permainan kemudian dan satu lagi break dalam set pembukaan bagi membantu Djokovic kembali ke permainannya.

“Saya menamatkan permainan dengan baik biarpun permulaannya agak membimbangkan,” kata Djokovic yang bermain kali pertama sejak menewaskan Roger Federer di final Wimbledon, bulan lalu.

“Sam berasa selesa di gelanggang sejak permulaan lagi dan juga mengawal permainan. Sukar berdepan dengan servisnya.

“Saya cuma berpuas hati dengan cabaran ini, saya gembira saya dapat mengatasinya.

“Saya berharap dapat mempamer persembahan lebih baik pada pusingan berikutnya.”

Federer juga dijangka kembali ke gelanggang buat kali pertama sejak Wimbledon, bakal bertemu Juan Ignacio Londero dalam pusingan kedua. – AFP

 

Berita Harian X