Rabu, 14 Ogos 2019 | 8:05am
PEMAIN Ajax Amsterdam, David Neres diasak pemain PAOK, Leonardo de Matos pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara di Amsterdam. - Foto AFP

Ajax, Porto berbeza nasib

BELGRADE: Bekas juara Eropah mengalami nasib berbeza dalam kelayakan Liga Juara-Juara yang menyaksikan Ajax Amsterdam dan Red Star Belgrade mara ke playof manakala Celtic dan Porto tersingkir dalam saingan penuh dramatik, pagi tadi.

Ajax, semi finalis musim lalu, bangkit menewaskan PAOK 3-2 untuk mara menerusi agregat 5-4 manakala Red Star menyingkirkan FC Copenhagen menerusi penentuan penalti berjumlah 22 sepakan.

Krasnodar pula mencipta kejutan Porto 3-2 menerusi peraaturan gol di tempat lawan selepas kalah 0-1 dalam perlawanan pertama manakala kelab Romania, Cluj menewaskan Celtic 4-3 sekali gus mara dengan agregat 5-4.

Jaringnan bekas pemain akademi Ajax, Diego Biseswar meletakkan PAOK di depan sebelum Dusan Tadic, menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Penjaga gol PAOK, Alexandros Paschalakis menyelamatkan cubaan bahaya lawan namun gagal menangkis tandukan Nicolas Tagliafico dan penalti Tadic sebelum Biseswar menyumbat gol terakhir di hujung permainan.

Dalam satu lagi perlawanan di Copenhagen, penyerang Ghana, Richmond Boakye meletakkan Red Star di depan tetapi Dame N'Doye menyamakan kedudukan untuk memaksa penentuan penalti yang menyaksikan kelab Denmark itu terlepas dua sepakan sebelum tersingkir di tangan penjaga gol pelawat, Milan Borjan.

Borjan menyelamatkan dua jaringan dan kemudian menyumbat gol kemenangan sekali gus menggamatkan penyokong ketika dia menangkis sepakan lemah Jonas Wind.

Celtic pula yang berbekal keputusan 1-1 di Romania, berjaya bangkit untuk mendahului 3-2 sebelum dua jaringan lewat permainan menghukum mereka sekali gus membolehkan Cluj menang menerusi agergat 5-4 mengatasi Juara Eropah 1967 itu. – Reuters

897 dibaca
Berita Harian X