Ahad, 11 Ogos 2019 | 11:21pm
Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjarignkan gol ketika menentang Newcastle di St James' Park. - Foto Reuters

Aubameyang beri kemenangan pertama buat Arsenal

NEWCASTLE, United Kingdom: Pierre-Emerick Aubameyang membantu Arsenal menang 1-0 mengatasi Newcastle pada saingan pembukaan Liga Perdana sebentar tadi, memberikan harapan untuk meningkat pada musim ini buat skuad Unai Emery.

Skuad Gunners menamatkan musim lalu dalam keadaan sukar selepas membiarkan usaha mereka berada dalam kelompok empat teratas hancur dalam minggu terakhir.

Menambah derita Emery, Arsenal tewas kepada Chelsea pada final Liga Europa yang meleburkan impian mereka ke kelayakan Liga Juara-Juara.


Pemain Arsenal, Joe Willock (kiri) diasak pemain Newcastle, Isaac Hayden. - Foto Reuters

Namun Arsenal melalui penamat musim yang menguntungkan, dengan tuan rumah menandatangani pemain baharu yang meningkatkan moral di Stadium Emirates.

Dan Aubameyang memberikan penyokong Arsenal dengan kepercayaan baharu bahawa mereka boleh kembali ke kelompok empat teratas dengan gaya pemusnah tipikal babak kedua untuk memberikan kelab utara London kemenangan pertama.

Jaringan Aubameyang menggangu perlawanan pertama buat pengurus baharu Newcastle, Steve Bruce di kelab pertama disokongnya ketika kecil. - AFP


Pengendali Newcastle, Steve Bruce kecewa selepas tewas dilaman sendiri. - Foto Reuters

Berita Harian X