Rabu, 17 Julai 2019 | 6:48pm
JURULATIH Malaysia, Tan Cheng Hoe ketika undian Kelayakan Piala Asia 2023 di Ibu Pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Tuah undian memihak Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Malaysia diundi dalam satu kumpulan bersama Thailand, Vietnam, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Keputusan undian itu dilihat memberi peluang cerah kepada anak buah Tan Cheng Hoe untuk melepasi pusingan itu.

Proses undian diadakan di Ibu Pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Cheng Hoe dijadual membuka saingan menentang Indonesia bagi Kumpulan G di tempat lawan 5 September ini.

Berita Harian X