Jumaat, 12 Julai 2019 | 8:03am
PEMAIN Algeria, Islam Slimani meraikan kemenangan selepas menewaskan Ivory Coast 4-3 menerusi penentuan penalti di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika pagi tadi. - Foto Reuters

Algeria ranapkan peluang Ivory Coast

SUEZ, Mesir: Algeria menewaskan Ivory Coast 4-3 menerusi penentuan penalti di suku akhir Piala Negara-Negara Afrika pagi tadi dan bakal bertemu Nigeria di separuh akhir, Ahad ini.

Pada saingan pagi tadi, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan selepas Sofiane Feghouli sebelum itu, meletakkan Algeria di depan menerusi gol minit ke-20 sebelum Jonathan Kodjia menyamakan kedudukan pada minit ke-62.

Dalam penentuan penalti, Youcef Belaili terlepas peluang buat Algeria dan sepakan kapten Ivory Coast, Serey Die juga terkena tiang sekali gus menyaksikan mereka tersingkir.

Sebelum itu, Bounedjah juga gagal menyempurnakan penalti babak kedua sekali gus mencemaskan kem mereka yang kelihatan mungkin terlepas peluang terbaik mara ke separuh akhir sejak kali terakhir melangkah pada 2010.

Ia jelas perlawanan penuh ketegangan diperagakan bekas juara itu apabila disulami dengan 58 kesalahan berbanding 22 oleh pihak lawan manakala 36 cubaan ke arah gol lawan jelas memukau penonton.


PEMAIN Algeria selepas menewaskan pasukan Sengega dan berjaya menjulang Piala Negara-Negara Afrika. - Foto EPA

Kejayaan Algeria itu memberikan mereka rekod 100 peratus di kejohanan itu selepas merakam kejayaan mengatasi Kenya, Senegal, Tanzania dan Guinea.

"Perlawanan ini memang sukar kerana Ivory Coast kebal bertahan dan gerakan mereka tersusun dan hanya menunggu kami melakukan kesilapan,” kata jurulatih Algeria, Djamel Belmadi.

"Rasa risau apabila Youcef Atal dikeluarkan pada babak pertama akibat cedera bahu. Itu saja detik cemas malam ini.

"Saya rasa kami akan mampu melakukannya hingga tamat. Pemain sepertinya berhak diberi peranan berjuang melawan Nigeria."

Algeria mengekalkan barisan sama ketika menentang Guinea di peringkat 16 terakhir sekali gus menyerlahkan watak mereka yang kini dilabel pasukan pilihan menjulang gelaran.

Jurulatih Ivory Coast, Ibrahim Kamara pula merombak barisannya ketika mereka menang 1-0 ke atas Mali dengan memasukkan pemain tengah, Ibrahim Sangare dan sayap, Max-Alain Gradel dipilih menggantikan Jean-Philippe Gbamin dan Nicolas Pepe, iaitu penyerang kedua terbanyak di Ligue 1 musim lalu. - AFP

1172 dibaca
Berita Harian X