Rabu, 26 Jun 2019 | 11:27pm
Pemain Petaling Jaya City FC, Rajes Perumal (kiri) menendang bola sambil cuba dihalang pemain Import Kedah, Fernando Rodriguez Ortega pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

Kedah kutip mata penuh di Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah kembali ke tangga ketiga Liga Super apabila menewaskan Petaling Jaya City FC (PJCFC) 3-2 pada aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi. 

Aksi penuh semangat ditampilkan kedua-dua pasukan dengan Kedah memulakan asakan seawal minit pertama menerusi sepakan bebas Baddrol Bakhtiar namun ditangkap kemas penjaga gawang pelawat, Muhaimin Mohamad. 

Baddrol sekali lagi hampir menambah gol kedua Kedah pada minit ke-21 menerusi tandukan selepas percubaan pertama Fernando Rodriguez gagal menepati sasaran namun disahkan ofsaid.

PJCFC cuba bangkit dengan serangan balas menerusi penyerangnya, Washington Brandao pada minit ke-26 namun penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal lebih bersedia menyelamatkan keadaan. 

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua pada minit ke-48 apabila pemain sayap  Farhan Roslan menolak bola gagal tangkap kemas Muhaimin bermula daripada hantaran Baddrol. 

PJCFC yang tidak mudah menyerah akhirnya mendapat gol sulung pada minit ke-59 hasil cubaan Brandao yang mudah memperdayakan pertahan Kedah. 

Selang lima minit, Kedah sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua PJCFC hasil cubaan G Ganiesh.

Tersentak dengan gol penyamaan PJCFC itu, Kedah bangkit dengan gol Fernando Rodriguez yang ditolak pantas ke gawang lawan pada minit ke-75 hasil hantaran sepakan sudut diambil Baddrol dan kedudukan 3-2  kekal hingga ke penamat.

1324 dibaca
Berita Harian X