Jumaat, 21 Jun 2019 | 12:18pm
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp.

Klopp sedia belanja besar

LONDON: Pengendali Liverpool Jurgen Klopp memberi isyarat yang dia bersedia berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini.

Liverpool memenangi Liga Juara-Juara dan menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu, tetapi Klopp merasakan dia perlu membuat pelaburan untuk skuadnya bagi mengikut jejak pesaing-pesaingnya.

“Liverpool adalah kelab yang mempunyai cita-cita dan jika kami tidak berbelanja besar seperti orang lain, kami tidak akan mampu bersaing,” kata Klopp.

“Semua orang mewah berbelanja, jadi kami akan melakukan perkara yang sama.”

Liverpool kini sedang mencari penyerang bagi menggantikan Daniel Sturridge yang akan meninggalkan kelab musim panas ini sebaik kontraknya tamat.

The Reds sudah menilai 12 pemain termasuk bekas penyerang Chelsea Bertrand Traore, pemain sayap Bournemouth Ryan Fraser serta penyerang Jerman dan Red Bull Leipzig Timo Werner.

Mereka juga turut dikaitkan dengan pertahanan Ajax Mathhijs de Ligt dan bek kiri Real Betis Junior Firpo. – AGENSI

 

Berita Harian X