Rabu, 19 Jun 2019 | 10:03pm
JURULATIH pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique

Luis Enrique letak jawatan

MADRID: Luis Enrique bakal meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca tindakannya itu. Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan tempatnya itu bakal digantikan oleh penolongnya, Robert Moreno.

Presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol, Luis Rubiales dijadual mengadakan sidang media mengumumkan perkembangan ini dalam tempoh terdekat. - REUTERS

1764 dibaca
Berita Harian X