Selasa, 18 Jun 2019 | 11:25pm
PEMAIN Kedah, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol dalam perlawanan menentang PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. - Foto Saddam Yusoff

Kedah kecewakan PKNS FC di Shah Alam

SHAH ALAM: Kedah berjaya merampas kedudukan ketiga Liga Super daripada Selangor selepas menewaskan PKNS FC 3-2 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mengumpul 26 mata selepas 17 perlawanan, satu mata di depan Selangor yang menghuni tangga keempat.

Kedah hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan hasil jaringan kapten Baddrol Bakhtiar yang berpunca daripada sepakan sudut.

PKNS bagaimanapun terpaksa menunggu hingga minit ke-52 untuk menyamakan kedudukan menerusi Kpah Sherman yang menyudahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Shakir Hamzah.


PEMAIN Kedah, Baddrol Bakhtiar (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. - Foto Saddam Yusoff

Sherman terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak gol kedua PKNS apabila melakukan satu sepakan lambung yang menarik selepas menerima hantaran daripada Mahali Jasuli pada minit ke-65.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit selepas Kedah berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak jauh Fayadh Zulkifli.

Bekas pertahanan Harimau Malaya, Rizal Ghazali muncul wira Kedah apabila meledak gol kemenangan Helang Merah pada masa kecederaan selepas rembatannya tertampan pertahanan PKNS sebelum menerjah gawang.


PEMAIN Kedah, Edgar Bernhardt (dua dari kanan) cuba melepasi pemain PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. - Foto Saddam Yusoff

Berita Harian X