Sabtu, 15 Jun 2019 | 12:21am
PERTAHANAN Felda United, Thiago Junio De Aquino (tengah) meraikan jaringan gol pertama pasukanya pada perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak (STAR). - Foto BERNAMA

FELDA atasi PKNS di Jengka

MARAN: Pasukan tangga tercorot Liga Super, FELDA United mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 5-4 ke atas PKNS FC pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.

Lima gol skuad The Fighters dijaringkan Thiago Junio De Aquino pada minit keempat, kapten Hadin Azman (m-44), Faiz Mazlan (m-47) serta dua gol pemain kebangsaan Singapura, Khairul Amri Kamal pada minit ke-51 dan 55.

Empat gol PKNS pula disumbang Kpah Sherman pada minit ke-15, Tamirlan Kozubaev (m-60), Jafri Firdaus Chew (m-71) dan Rodney Akwensivie pada minit ke-81.

Terdahulu, PKNS dihadiahkan sepakan penalti pada hujung babak pertama namun penjaga gol FELDA United, Norazlan Razali menepis percubaan Gabriel Guerra. - BERNAMA

Berita Harian X