Ahad, 2 Jun 2019 | 7:33am
Soccer Football - Champions League Final - Tottenham Hotspur v Liverpool - Wanda Metropolitano, Madrid, Spain - June 1, 2019 Liverpool's Virgil van Dijk celebrates with the trophy after winning the Champions League Final REUTERS/Carl Recine

Van Dijk intai Ballon d'Or

MADRID: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk percaya Lionel Messi kekal calon utama bagi anugerah Ballon d'Or 2019 tetapi mengakui tidak akan menolak gelaran berprestij berkenaan selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara.

Bintang Belanda itu menjadi benteng ampuh Liverpool sejak tiba di Anfield pada Januari 2018 dan memperbaiki kerapuhan bahagian pertahanan Reds kepada yang terkuat di Liga Perdana.

Prestasi hebat itu diteruskan di pentas Eropah, dengan Liverpool mengekalkan gawang daripada dibolosi sebanyak enam kali sebelum menang 2-0 pada aksi final Liga Juara-Juara menentang Tottenham.

Selepas menggondol anugerah Pemain Terbaik PFA dan Pemain Terbaik Liga Perdana di England, Van Dijk kini mempunyai peluang terbaik untuk menjadi pertahanan pertama memenangi anugerah Ballon d'Or sejak Fabio Cannavaro melakukannya pada 2006. 

Tetapi sekali pun mengatasi Messi dan Barcelona di separuh akhir sebelum menjulang gelaran di Wanda Metropolitano, dia percaya bintang Argentina itu kekal calon utama bagi anugerah berkenaan.

“Saya fikir Messi adalah pemain terbaik di dunia. Dia sepatutnya memenangi Ballon d'Or," kata Van Dijk. “Jadi, saya tidak memikirkannya. Tetapi jika saya menang, saya akan mengambilnya.

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara bersama rakan sepasukan, awal pagi tadi. - Foto AFP

“Tetapi Messi sepatutnya menang. Dia terbaik di dunia, sama ada dia berada di final atau tidak.”

Van Dijk turut menambah kejayaan di pentas Liga Juara-Juara akan meningkatkan peluang Liverpool untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa depan terutama trofi Liga Perdana.

“Kami patut berasa lebih lapar. Musim ini berakhir pada hari ini dengan Liga Juara-Juara,” katanya. “Pada Julai, semuanya kembali kosong dan kami akan memulakannya semula. Kami akan menilai musim ini dan kami masih perlu memperbaikinya.” - AGENSI

Berita Harian X