Jumaat, 31 Mei 2019 | 9:06am
Luis Suarez. - Foto EPA

Cedera tak halang Uruguay senarai Suarez

MONTEVIDEO, Uruguay: Bintang Barcelona, Luis Suarez tetap disenarai Uruguay bagi menghadapi Copa America sekali pun baharu menjalani pembedahan lutut, tiga minggu lalu.

Penyerang berusia 32 tahun itu diragui akan beraksi di kejohanan serantau Amerika Selatan itu di Brazil yang bermula pada 14 Jun selepas menjalani pembedahan pada 9 Mei lalu untuk memperbaiki ‘kecederaan miniscal dalaman’ yang dialaminya.

Barcelona sebelum ini berkata dia akan tersisih ‘di antara empat ke enam minggu.’

Begitupun, tempoh berkenaan kurang lima minggu sebelum perlawanan pertama Uruguay, yang dijadual menentang Ecuador pada 16 Jun ini di Belo Horizonte.

Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez yakin ketajaman Suarez tidak akan berkarat sekali pun sudah lama tidak beraksi.

“Dia amat profesional dan mempunyai sejarah yang bagus dengan pemulihan,” katanya.

Suarez terlepas dua aksi liga terakhir Barca dan final Piala Raja Sepanyol pada 25 lalu yang menyaksikan kelabnya tewas 2-1 kepada Valencia.

Selain Suarez, turut dipilih Tabarez bagi senarai 23 pemainnya ialah penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani dan pertahanan tengah Diego Godin yang meninggalkan kelabnya, Atletico Madrid selepas sembilan tahun.

Uruguay yang memegang rekod pemenang terbanyak Copa America memburu gelaran ke-16 di Brazil di mana mereka diundi dalam Kumpulan C bersama Ecuador, penyandang juara Chile dan pasukan jemputan, Jepun. - AFP

Skuad Uruguay

Penjaga gol: Fernando Muslera (Galastasaray/TUR), Martin Silva (Libertad/PAR), Martin Campana (Independiente/ARG)

Pertahanan: Diego Godin (Atletico Madrid/ESP), Sebastian Coates (Sporting Lisbon/POR), Jose Maria Gimenez (Atletico Madrid/ESP), Giovanni Gonzalez (Penarol), Martin Caceres (Juventus/ITA)

Tengah: Diego Laxalt (AC Milan/ITA), Nahitan Nandez (Boca Juniors/ARG), Lucas Torreira (Arsenal/ENG), Matias Vecino (Inter Milan/ITA), Rodrigo Bentancur (Juventus/ITA), Nicolas Lodeiro (Seattle Sounders/USA), Federico Valverde (Real Madrid/ESP), Giorgian De Arrascaeta (Flamengo/BRA), Marcelo Saracchi (RB Leipzig/GER)

Penyerang: Cristhian Stuani (Girona/ESP), Gaston Pereiro (PSV Eindhoven/NED), Edinson Cavani (Paris Saint-Germain/FRA), Jonathan Rodriguez (Cruz Azul/MEX), Maximiliano Gomez (Celta Vigo/Espana), Luis Suarez (Barcelona/ESP)

Berita Harian X