Sabtu, 25 Mei 2019 | 1:15pm
- Foto Hiasan

Liverpool 'paling dibenci'

LONDON: Liverpool dalam satu kajian tidak rasmi didapati adalah pasukan paling tidak digemari di Liga Perdana Inggeris.

Laman web, FanChants dalam arkibnya yang memiliki lebih daripada 26,000 sorakan nyanyian mendapati skuad kendalian Jurgen Klopp berada di tangga teratas saingan elit Inggeris itu.

Wujud lebih 50 sorakan mengenai Liverpool, yang meletakkan mereka di kedudukan nombor satu manakala lawan mereka di final Liga Juara-Juara, Tottenham Hotspur di tangga kedua dengan 42 nyanyian.

Juara Inggeris, Manchester City ketiga (39) manakala seteru tetangga, Manchester United di kedudukan keempat dengan 34.

Kelab Liga Kejuaraan, Leeds United begitupun mengisi tangga teratas bagi keseluruhan liga. 

Wujud 117 sorakan terhadap kelab Elland Road itu yang tewas pada aksi separuh akhir playoff Liga Kejuaraan kepada Derby, minggu lalu.

Liverpool dan Tottenham berpeluang untuk menamatkan kempen musim ini dengan trofi apabila dijadual bertemu di final Liga Juara-Juara yang dijadual di Madrid, Sepanyol 2 Jun ini. - AGENSI

Berita Harian X