Khamis, 23 Mei 2019 | 1:10pm
Beckham (kanan) memuat naik gambar beliau bersama Pochettino di laman Instagramnya.

Beckham sokong Spurs

LONDON: Pemain Tottenham diberi suntikan inspirasi oleh ikon bola sepak, David Beckham ketika sesi latihan pasukan itu menjelang final Liga Juara-Juara, semalam.

Spurs kini dalam persiapan menghadapi perlawanan terbesar dalam sejarah kelab itu apabila mereka dijadual bertemu Liverpool dalam final Liga Juara-Juara di Madrid, awal pagi Ahad depan.

Dan Maurico Pochettino serta Harry Kane kelihatan gembira apabila bintang besar bola sepak itu dapat menghadiri sesi latihan di Enfield.

Beckham juga dilihat gembira dengan pengalaman itu apabila memuat naik gambar beliau dan Pochettino di Instagram.

“Seronok dapat menghabiskan masa di sebelah pagi bersama Mauricio hari ini,” katanya menerusi Instagram.

“Terima kasih kerana menerima saya dan menunjukkan kepada saya sekitar kompleks sukan yang menakjubkan …  Dia seorang yang budiman @spursofficial.'

Bekas pemain Manchetser United, Beckham tidak ragu-ragu berharap Tottenham bakal menghalang musuh lama pasukannya, Liverpool daripada menjulang trofi terbesar di Eropah buat kali keenam.

Spurs melalui pelbagai halangan bagi melangkah ke final buat kali pertama itu. - Agensi

1209 dibaca
Berita Harian X