Ahad, 19 Mei 2019 | 8:19am
PEMAIN tengah Monaco, Aleksandr Golovin (kiri) meledak gol kedua ketika menentang Amiens SC di Stadium Louis II. - Foto AFP

Monaco hampir elak penyingkiran

PARIS: Monaco hampir memastikan mereka terselamat dalam Ligue 1 Perancis dengan kemenangan 2-0 mengatasi Amiens awal pagi tadi manakala juara, PSG menamatkan kempen di laman sendiri dengan Kylian Mbappe menjaringkan gol ke-32 liga ketika pasukannya menang 4-0 mengatasi Dijon.

Radamel Falcao dan Alexsander Golovin masing-masing menajringkan gol pada babak pertama dan kedua di Stade Louis II seterusnya memberikan Monaco 36 mata dan tiga di atas zon penyingkiran berbaki satu perlawanan.

Monaco, juara 2017, secara matematik sudah selamat dengan mereka mendahului tiga mata berbanding Caen yang menghuni kedudukan play-off penyingkiran dengan perbezaan tujuh gol.

Ketika jurulatih Monaco, Leonardo Jardim dilihat semakin lega, dia mendapati Falcao tidak memakai lilitan ‘anti-homophobia’ yang diberikan oleh liga.

“Saya menggunakan lilitan lengan sama seperti Falcao, saya memakainya,” kata Jardim. “Perkara paling penting ialah seseorang di kelab memakainya dan mengikut apa yang ditetapkan oleh liga.”

Guingamp sudah tersingkir manakala Dijon semakin menghampiri perangkap apabila tewas 4-0 kepada PSG. - AFP

410 dibaca
Berita Harian X