Isnin, 13 Mei 2019 | 12:22am

City pertahan gelaran Liga Perdana

BRIGHTON: Manchester City meraih kemenangan diperlukan untuk menamatkan cubaan Liverpool menumbangkan mereka sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit mengatasi Brighton 4-1, sebentar tadi.

City menamatkan kempen dengan 98 mata, hanya kekurangan dua mata daripada rekod 100 mata musim lalu, ketika kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Wolves menyaksikan mereka menutup kempen dengan 97 mata.

Memerlukan kemenangan ke-14 berturut-turut dalam perebutan liga paling sengit, City ketinggalan menerusi gol tandukan Glenn Murray pada minit ke-27, namun skuad Pep Guardiola bangkit dengan penuh bergaya.

Sergio Aguero menyamakan kedudukan 83 saat kemudian dan jaringan pertahanan, Aymeric Laporte hasil tandukan meletakkan City di depan sebelum menuju rehat separuh masa.


Pengendali Manchester City, Pep Guardiola (tengah) bersama pemainnya meraikan kejayaan pertahan gelaran Liga Perdana. - Foto AFP


Gelagat penyokong Manchester City yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium The American Express Community, Brighton. - Foto Reuters

Pemain Manchester City, Vincent Kompany (kanan) bersaing dengan pemain Brighton, Yves Bissouma dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Brighton. - Foto EPA

Pemain Liverpool, Mohamed Salah (tengah) diasak pemain Wolverhampton Wanderers, Leander Dendoncker dan Willy Boly dalam aksi di Anfield. - Foto Reuters

Dengan Liverpool, yang ketinggalan satu mata terlebih dulu mendahului perlawanan hari ini, kelab Anfield itu masih menaruh harapan untuk berlaku kejutan di Brighton.

Tetapi apabila Riyad Mahrez melepaskan rembatan kencang untuk menembusi jangkauan penjaga gol Brighton, Mathew Ryan selepas sejam perlawanan, penyokong City mula bersorak.

Jaringan menarik hasil sepakan percuma Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-1 sekali gus menghadiahkan satu lagi hari yang hebat untuk City yang muncul selaku kelab pertama dalam tempoh 10 tahun mempertahankan gelaran liga. - Reuters

2089 dibaca
Manchester City juarai Liga Perdana Inggeris selepas bangkit mengatasi Brighton 4-1. - Foto Reuters
Pemain Manchester City meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Penyokong Manchester City meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Foto AFP
Pemain Manchester City, Ilkay Gundogan menjaringkan gol keempat pasukan. - Foto Reuters
Reaksi Pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kanan) yang meraikan kejayaan pasukannya. - Foto Reuters
Pemain pertahanan Manchester City, Raheem Sterling (kanan) cuba diasak pemain Brighton, Pascal Gross dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium American Express Community, Brighton. - Foto AFP
Penyokong Manchester City meraikan kemenangan di Subang Jaya. - NSTP/Hafiz Sohaimi
Berita Harian X