Khamis, 2 Mei 2019 | 7:22am
MESSI dipeluk Suarez selepas menjaringkan gol kedua ketika menentang Liverpool pada saingan separuh akhir pertama di Nou Camp, sebentar tadi. - Foto Reuters

Messi, Suarez buat Reds 'merah padam'

BARCELONA: Lionel Messi membawa Barcelona selangkah ke final Liga Juara-Juara selepas meledak dua ketika gergasi Sepanyol itu menumpaskan Liverpool 3-0 di Nou Camp, awal pagi tadi.

Bekas penyerang Reds, Luis Suarez membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama peringkat separuh akhir pertama itu sebelum Messi menambah dua lagi gol pada babak kedua.

Keputusan menyaksikan Liverpool terpaksa berdepan laluan getir untuk mara sekali pun mereka tampil dengan persembahan yang baik di Catalonia.

Gol kedua Messi, menerusi jaringan jarak jauh menakjubkan berpunca sepakan percuma adalah gol ke-600 buat Barca dalam semua kejohanan.


PEMAIN pertahanan Liverpool, mengekang pergerakan penyerang Barcelona, Lionel Messi pada saingan separuh akhir pertama di Nou Camp, sebentar tadi. - Foto AFP

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya mampu tersenyum melihat jaringan berkenaan selepas skuad kendaliannya dilihat berjaya mengimbangi perlawanan terutama pada babak pertama.

Pada awal separuh masa kedua, Liverpool menguasai permainan dan berupaya untuk meledak gol di tempat lawan tetapi cubaan Mohamed Salah sekadar menggegar palang.


REAKSI Suarez selepas meledak gol pertama. - Foto EPA

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi, awal pagi Rabu minggu depan bagi aksi kedua di gelanggang Reds, Anfield.

“Bagaimana kami memberikan mereka masalah adalah mengagumkan,” kata Klopp.

“Saya tidak tahu sama ada kami boleh bermain lebih baik daripada itu. Tetapi ada satu ketika di mana Messi menjaringkan gol mudah dan yang kedua memang tidak mampu diselamatkan.” - AFP


PENGENDALI Liverpool, Juergen Klopp. - Foto Reuters

2255 dibaca
Berita Harian X