Rabu, 24 April 2019 | 11:11pm
AIDIL Zafuan Adha (kiri) mengekang penyerang Shandong Luneng FC, Graziano Pelle pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
PEMAIN JDT, Muhd Akhyar Rashid (kiri) diasak pemain import Shandong Luneng FC, Marouane Fellaini (tengah) pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

JDT hampa di Larkin

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT)  terkeluar daripada saingan memburu slot ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewas 0-1 kepada Shandong Luneng FC (Shandong Luneng) di laman sendiri, sebentar tadi.

Pertemuan kali kedua Harimau Selatan dengan pasukan dari China itu menyaksikan jaringan pertama mudah disempurnakan pemain Shandong Luneng, Graziano Pelle pada minit ke-21.

Kedua-dua pasukan bermula agak garang dengan saling berbalas percubaan, namun selepas Shandong Luneng menjaringkan gol pertama, rentak permainan JDT tampak semakin lemah. 

JDT turun tanpa kelibat tonggak pertahanan, Mauricio Nascimento yang mengalami kecederaan, malah tidak menyenaraikan Gonzalo Cabrera dalam kesebelasan utama dan hanya mempertaruhkan Diogo Luis Santo selaku pemain import tunggal pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, JDT terpaksa bermain bermatian-matian sebelum menggunakan tiga pemain simpanan, Cabrera, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri.

Bagaimanapun, percubaan demi percubaan kedua-dua pasukan tidak berjaya menghasilkan gol tambahan.

Kemenangan berkenaan meletakkan Shandong Luneng sebagai pendahulu Kumpulan E dengan lapan mata.

4311 dibaca
Berita Harian X