Selasa, 16 April 2019 | 1:09am
LEGENDA Brazil, Ronaldinho. - Foto AFP

Man Utd ada peluang - Ronaldinho

LONDON: Legenda Brazil, Ronaldinho menjangkakan Barcelona berupaya mengatasi Manchester United dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara tetapi bersetuju skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer turut berpotensi untuk mara.

Barcelona muncul sebagai pasukan pilihan selepas menang 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Old Trafford dengan gol tunggal aksi berkenaan dijaringkan sendiri pemain United, Luke Shaw.

Keputusan menyaksikan gergasi La Liga itu membawa kelebihan di Nou Camp tetapi Ronaldinho yang pernah menyarung jersi Barca  merasakan siapa yang meledak gol terlebih dahulu akan mengawal permainan.

“Kebenarannya adalah Barcelona perlu menamatkan perlawanan di Manchester, dengan keputusan 1-0 Manchester United masih percaya yang mereka masih berpeluang,” katanya.

“Dengan cara Barcelona bermain ketika ini dengan jumlah gol yang mereka jaringkan, saya menjangkakan mereka untuk mara. Tetapi ia akan bergantung kepada jaringan pertama.

“Jika Barcelona menjaringkan gol terlebih dahulu, ia akan menjadi petang yang panjang untuk United. Tetapi jika mereka (United) boleh menjaringkan gol dahulu jadi ia akan menjadikan keadaan di stadium gementar, dan kamu tidak akan tahu apa yang boleh berlaku selepas itu.”

Mengulas satu lagi perlawanan membabitkan dua pasukan Inggeris, Tottenham dan Manchester City, Ronaldinho tidak dapat melihat sebarang alasan mengapa Spurs yang memiliki kelebihan 1-0 tidak boleh mara. - Agensi

 

 

Berita Harian X