Sabtu, 30 March 2019 | 8:15am
PEMAIN sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi. - Foto AFP

Sarri yakin Hudson-Odoi kekal

LONDON: Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi akan kekal di Chelsea pada musim hadapan sama ada dia menandatangani kontrak baharu di Stamford Bridge atau tidak, kata pengurus pasukan Mourizio Sarri.

Hudson-Odoi, yang kontraknya akan tamat pada hujung musim ini, dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich pada Januari oleh media Britain dan terdapat laporan juga mengatakan pemain itu berhasrat meninggalkan Chelsea pada penghujung kempen.

“Saya tak boleh katakan jika dia mahu tandatangani kontrak baru atau tidak, tetapi saya rasa dia akan kekal bersama kami dalam setiap kes,” kata Sarri.

“Saya rasa evolusinya adalah evolusi yang betul. Mungkin, dia akan bermain 30-35 perlawanan pada musim hadapan. Dan saya rasa, dengan Callum, kami berada di landasan yang betul.”

Sarri berkata demikian terhadap penilaian pemain berumur 18 tahun itu yang masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama Liga Perdana pada musim ini.

Hudson-Odoi bagaimanapun membuat 19 penampilan dalam semua kejohanan pada musim ini dan persembahannya cemerlang dalam dua penampilan bersama England menewaskan Republik Czech dan Montenegro.

“Saya lihat pasukan England hanya dalam 20-25 minit dan Callum tidak bermula baik dalam 20 minit awal.

“Dia beraksi baik di sebelah kiri, kemudiannya. Tetapi saya kenal dia dan dia memang suka bermain di sebelah kiri,” katanya. – REUTERS

476 dibaca
Berita Harian X