Khamis, 28 March 2019 | 8:13pm
Kapten pasukan FELDA United FC, Hadin Azman. - NSTP/Khairull Azry Bidin

Hadin mahu sekat Tok Gajah

KUANTAN: Kapten pasukan FELDA United FC, Hadin Azman mengakui kelab itu bakal berdepan tekanan apabila melayan kunjungan Pahang di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Maran, Sabtu ini.

Namun, pemain berumur 25 tahun itu percaya peluang The Fighters menafikan mata buat skuad kendalian Dollah Salleh itu tetap ada.

"Justeru, The Fighters akan melakukan segala-galanya terutama mengekang asakan Tok Gajah yang dilihat memiliki barisan pemain terbaik.

"Kami juga sedar bahawa Pahang bukan saja memiliki barisan pemain berpengalaman, malah kualiti permainan mereka juga pada tahap terbaik.

"Kami tidak akan berputus asa dan berusaha untuk menafikan peluang Tok Gajah daripada mengutip mata di Jengka," katanya.

Ditanya tahap persediaan kelab itu bertemu Pahang, Hadin berkata, tempoh tiga minggu rehat sudah diberikan fokus secukupnya untuk berdepan Tok Gajah.

"Kami tidak boleh memberi ruang kepada lawan dan sedia untuk mengasak kubu mereka untuk memastikan mata buat pasukan," katanya.

Berita Harian X