Ahad, 17 March 2019 | 10:36pm
Pemain Genoa meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Pemain Juventus, Paulo Dybala (tengah, kiri) diasak pemain tengah Genoa, Ivan Radovanovic dalam aksi Serie A di Stadium Luigi-Ferraris, Genoa. - Foto AFP
Pemain Genoa, Stefano Sturaro (kiri) berebut bola dengan pemain Juventus, Emre Can dalam saingan Serie A di Genoa. - Foto Reuters

Genoa beri kekalahan pertama buat Juventus

GENOA, Itali: Juventus tewas buat kali pertama dalam Serie A musim ini sebentar tadi ketika Genoa menang 2-0 beberapa hari selepas kemenangan hebat kelab Turin itu dalam Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid.

Stefano Sturaro, yang menyertai Genoa menerusi pinjaman dari Juventus pada Januari sebelum perjanjian kekal dimeterai, meletakkan tuan rumah di depan pada babak kedua sebelum pemain gantian Goran Pandev memastikan kemenangan mengejut itu 10 minit sebelum tamat.

Cristiano Ronaldo memberi inspirasi kebangkitan menakjubkan di Eropah buat juara Itali itu awal pagi Rabu lalu apabila hatrik diciptanya mengatasi defisit 2-0 pada perlawanan pertama berdepan Atletico dan membawa pasukannya ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Bagaimanapun pemain Portugal itu tidak disenaraikan dalam skuad ke Stadio Luigi Ferraris dan jurulatih Juve, Massimiliano Allegri kecewa apabila Genoa mengutip mata daripada skuadnya buat kali kedua musim ini selepas seri 1-1 di Turin pada Oktober.

“Saya menjangkakan Juventus yang berbeza,” kata Allegri.

“Kami tidak menampilkan persembahan bagus, kami melakukan sedikit kesilapan dan tiba-tiba mereka mendapat gol.” - Reuters

1214 dibaca
Berita Harian X