Jumaat, 15 March 2019 | 9:20pm
ARSENAL akan berdepan Napoli dalam pertembungan dua pasukan pilihan untuk memenangi Liga Europa selepas diundi bersama, sebentar tadi. - Foto AFP

Arsenal jumpa Napoli suku akhir Liga Europa

NYON, Switzerland: Arsenal akan berdepan Napoli dalam pertembungan dua pasukan pilihan untuk memenangi Liga Europa selepas diundi bersama, sebentar tadi.

Pencabar tetangga Gunners di London, Chelsea akan bertemu Slavia Prague manakala pasukan berjiran, Valencia dan Villarreal juga bertembung sesama sendiri dalam saingan dua pasukan Sepanyol.

Dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu boleh bertemu pada final Mei ini di Baku selepas diletakkan dalam kumpulan berbeza untuk separuh akhir.

 

Undian suku akhir Liga Europa:

Arsenal mln Napoli

Villarreal mln Valencia

Benfica mln Eintracht Frankfurt

Slavia Prague mln Chelsea 

- AFP

615 dibaca
Berita Harian X