Selasa, 12 March 2019 | 11:25am
Ronaldo ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Juventus di Turin. - Foto AFP

Allegri bergantung pada Ronaldo

TURIN: Cristiano Ronaldo sudah menjaringkan banyak gol dengan beliau ‘memberi banyak kelebihan’ buat Juventus, kata jurulatih Massimiliano Allegri apabila pasukan Itali itu akan berdepan Atletico Madrid yang mendahului dua gol pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

“Cristiano sudah menjaringkan banyak gol, beliau adalah pemain yang menjaringkan banyak gol di Liga Juara-Juara dan dalam perlawanan sebegini beliau sungguh teruja, memilikinya memberikan kami banyak kelebihan,” kata Allegri.

Ronaldo menjaringkan 121 gol yang mana 57 gol membantu penentu dalam kejohanan, dan muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara selama enam musim lalu.

Penyerang Portugis berumur 34 tahun itu menjaringkan hanya sekali ketika digantung satu perlawanan selepas menerima satu kad merah ketika menentang Valencia ketika peringkat kumpulan.

“Saya yakin 200 peratus Cristiano akan bermain sebagai Cristiano,” kata kapten, Giorgio Chiellini yang akan bermain perlawanan ke-500 buat kelab.

Cabaran bagi Ronaldo dan pasukan Itali itu adalah mendapatkan gol dengan memecah tembok pertahanan lawan mereka.

“Dalam 10 tahun ini (Atletico) menjadi salah satu pasukan terkuat di Eropah.

“Mereka memenangi tiga kali Liga Europa. Kami perlu menyamai tahap mereka itu.

“Kami perlu sangat tenang dan kekal bagi mendapatkan keputusan. Ia akan menjadi kejayaan yang mengagumkan.” – AFP

Berita Harian X