Isnin, 11 March 2019 | 11:36am
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri melihat perlawanan pasukan bimbingannya menentang Udinese, pada Serie A kelmarin. - Foto AFP

Allegri rancang kebangkitan Juventus

TURIN: Penyokong Juventus berharap jurulatih Massimiliano Allegri boleh mencipta kejutan ketika pasukan mereka cuba menukar defisit kekalahan 2-0 di laman sendiri berdepan Atletico Madrid pada kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.

Walaupun dia diatasi rakan sejawatnya Diego Simeone pada perlawanan pertama, apabila tiga pemain simpanan mengatasi keseimbangan Juve, Allegri biasanya akan menguasai apabila dia tidak memiliki kelebihan.

“Jika ia lebih rumit, saya lebih menyukainya,” katanya selepas kemenangan 4-1 Sabtu lalu berdepan Udinese. “Jika saya fikirkan sesuatu yang baharu, saya lebih suka menggunakannya.”

Hanya sembilan pasukan berjaya mengetasi defisit dua gol dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan Manchester United menjadi pasukan pertama melepasinya apabila menang 3-1 berdepan Paris St Germain awal pagi Khamis lalu.

Dalam lapan lagi saingan, ia dicapai oleh pasukan bermain di laman sendiri, hanya tiga melepasinya tanpa kelebihan gol di tempat lawan.

Juve juga perlu melaluinya dengan berdepan satu daripada pertahanan paling teratur dalam kejuaraan kali ini dan Allegri akan bermain tanpa dua pertahanan kerana Mattia De Sciglio cedera dan Alex Sandro digantung permainan.

Dia juga perlu memastikan Cristiano Ronaldo tidak kekurangan bantuan seperti dialami dalam beberapa perlawanan lalu.

Satu kemungkinan, Allegri berkata selepas pertemuan dengan Udinese, sama ada dia akan menukar kepada tiga pemain pertahanan.

Itu termasuk menggunakan Martin Cacares, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

“Tiga pertahanan mungkin penyelesaian,” kata Allegri. “Tapi kami perlu membaca permainan kerana ia mungkin berlarutan 120 minit.” - Reuters

333 dibaca
Berita Harian X