Jumaat, 1 March 2019 | 12:37pm
PEMAIN Manchester United, Romelu Lukaku (tengah) diasak pemain Crystal Palace, James Tomkins (kiri) dan Luka Milivojevic pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park. - Foto AFP

Lukaku mampu tingkatkan peluang United

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer berharap Romelu Lukaku bersedia untuk memainkan peranan utama bagi kebangkitan Manchester United selepas penyerang Belgium itu mengalami kemerosotan berpanjangan.

United mempamer persembahan yang mengagumkan dengan kemenangan 3-1 kepada Crystal Palace dengan sasaran untuk meletakkan posisi di tempat ketiga menjelang kunjungan Southampton di Old Trafford esok.

Persembahan United jelas berbeza selepas Solskjaer mengambil alih jawatan pengurus daripada Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu.

Paul Pogba pula sering menjadi pemain utama sepanjang rekod 14 perlawanan United tanpa tewas dalam saingan domestik, dengan pemain tengah Perancis itu memperoleh peluang sejak ketibaan Solskjaer sebagai pengurus sementara.

Tetapi Lukaku juga membuktikan beliau juga mampu berkembang di bawah Solskjaer selepas persembahan bertenaganya menewaskan Palace.

Pemain berumur 25 tahun itu bergelut dalam separuh musim pertama dan kurang diletakkan dalam kesebelasan utama pada permulaan Solskjaer mengambil alih pasukan.

Pengurus dari Norway itu menggalakkan lebih banyak serangan berbanding Mourinho dan berdasarkan formasi, Marcus Rashford kini diberi peranan sebagai penyerang tengah United.

Lukaku sebaliknya hanya diletakkan di bangku simpanan dan sebagai pemain pengganti penyerang atau pemain sayap namun berjaya melaksanakan tugas dengan baik ketika enam kali menjadi pemain gantian dan tiga lagi penampilan dalam kesebelasan utama sejak Solskjaer mengambil alih.

“Saya rasa anda berjaya melakukannya, dia berjaya melepasinya, kami cipta peluang untuknya, dia menyelesaikannya dengan baik,” kata Solskjaer selepas gol pertama Lukaku pada 5 Januari lalu.

“Dia banyak berlari di atas dan bawah, ke sebalah kanan, kiri padang, dia juga mempunyai peranan berbeza kerana pastinya prestasi terbaik dicetuskan Rash.” - AFP

592 dibaca
Berita Harian X