Khamis, 28 Februari 2019 | 7:55am
Pemain Liverpool, Mohamed Salah (depan) diasak pemain Watford dalam aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto EPA
Aksi pemain Liverpool, Virgil van Dijk (tengah) ketika menjaringkan gol. - Foto EPA

Liverpool menyerlah dalam tekanan

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kejayaan 5-0 membenam Watford pada aksi liga awal pagi ini menunjukkan bagaimana mereka berjaya menyerlah biarpun berada dalam tekanan untuk kekal mendahului Liga Perdana.

Sadio Mane dan Virgil van Dijk masing-masing menjaringkan dua gol dan satu lagi gol disumbang Divock Origi untuk meletakkan Liverpool satu mata di hadapan Manchester City, yang menewaskan West Ham 1-0.

Tiga perlawanan dengan keputusan seri Liga Perdana sebelum ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuan Liverpool bagi menumbangkan pasukan lawan yang dibimbing Pep Guardiola apabila mereka memburu gelaran itu sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1990.

“Pemain mempamerkan bagaimana mereka menikmati permainan dan situasi itu,” kata Klopp kepada BBC.

“Ia adalah petanda penting. Anda tahu apa yang ditulis dan dikatakan mengenai kami. Ia sudah tentu tidak benar. Pemain begitu menyerlah dan hari ini menunjukkan keinginan yang tinggi.


Pemain Watford, Gerard Deulofeu (kiri) bergelut untuk mendapatkan bola daripada pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto AFP

Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah) dikawal ketat pemain pertahanan Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto AFP

“Permainan yang ditunjukkan Mo (Salah) adalah mengagumkan. Sadio (Mane) menjaringkan gol yang bijak. Kesemua tiga pemain tengah begitu menyerlah. Kedua-dua pemain tengah juga menyerlah.

“Kami menang 5-0 jadi anda tak boleh berkata tentang mereka tetapi mereka memperoleh saat mereka. Penjaga gol Alisson juga hebat. Pemain dapat mengawal permainan. Banyak yang boleh dikatakan.”

Klopp juga memuji persembahan Trent Alexander-Arnold selepas pemain itu membantu dalam menghasilkan tiga jaringan. - AFP

2680 dibaca
Berita Harian X