Rabu, 20 Februari 2019 | 7:09am
PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah ketika diasak pemain Bayern Munich, David Alaba pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield sebentar tadi. - Foto Reuters

Liverpool, Bayern terikat tanpa jaringan

LIVERPOOL: Pertahanan Liverpool berjaya mempertahankan kubu mereka tanpa dibolosi sekali gus membuatkan Bayern Munich berasa yakin untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas seri 0-0 pada pusingan pertama kelompok 16 terakhir di Anfield, sebentar tadi.

Sadio Mane mempersia-siakan peluang terbaik buat tuan rumah apabila pemain Senegal itu menyepak liar pada 45 minit pertama namun persembahan kurang menarik pada babak kedua menyebabkan keputusan perlu ditentukan pada pertemuan semula di Munich pada 13 Mac.

Tanpa kehadiran Virgil van Dijk kerana penggantungan dan kecederaan dialami Joe Gomez serta Dejan Lovren, Liverpool terpaksa membuat pertukaran di pertahanan tengah dengan pemain tengah Brazil, Fabinho ke belakang berpasangan dengan Joel Matip.

Keadaan itu menyebabkan pada awal saingan tuan rumah tampak gementar di belakang.

Matip menarik nafas lega apabila dia menolak hantaran lintang Serge Gnabry ke arah gol sendiri dan terkena dada Alisson Becker.

Bagaimanapun penjaga gol Brazil memberikan masalah buat pasukannya tidak lama selepas itu yang memberikan tekanan buat Matip yang diatasi Robert Lewandowski namun Kingsley Coman hanya menyepak ke tepi. - AFP

976 dibaca
Berita Harian X