Sabtu, 16 Februari 2019 | 9:06am
GIANFRANCO Zola. - Foto Reuters

Chelsea 'tak bunuh' bakat Odoi - Zola

LONDON: Gianfranco Zola menafikan Chelsea sengaja mengabaikan Callum Hudson-Odoi selepas pemain mudanya itu lebih banyak memanaskan bangku pemain simpanan pada permulaan musim ini.

Hudson-Odoi, 18, dilaporkan menyerahkan borang perpindahan selepas menerima tawaran 35 juta pounds (RM189 juta) daripada Bayern Munich yang juga penyandang juara Bundesliga, namun Chelsea enggan melepaskannya.

Kontrak Odoi akan tamat pada 2020, namun peluangnya disenaraikan dalam kesebelasan utama The Blues kian tipis sejak Maurizio Sarri mengambil alih tugas pengurus.

Hudson-Odoi jarang diturunkan oleh Sarri meskipun dia mempamerkan prestasi hebat pada awal musim dan sejak jendela perpindahan ditutup pada 13 Januari lalu, Odoi hanya beraksi 19 minit dalam aksi liga.

Zola bagaimanapun mengakui Chelsea amat gembira dengan sumbangan Hudson-Odoi sambil mengakui ada pemain seusia Odoi sudah menyerlah di bersama kelab ternama Eropah yang lain.

Ditanya jika pengurusan Chelsea ada menimbangkan untuk melepaskan pemain itu terutama selepas menerima tawaran Bayern, Zola berkata: "saya tidak setuju dengan cadangan itu. Dia sentiasa diperlukan bersama kelab ini.

"Sebaik ada peluang dia beraksi, dia akan disenaraikan sama ada dari mula ataupun sebagai pemain gantian.

"Pengurus sentiasa memberikannya peluang. Saya mahu jelaskan perkara ini, tidak banyak pemain seusia denganya dapat beraksi sebanyak mana yang dia dapat, mungkin terdapat seorang dua peluang itu.

"Dia tidak diabaikan, kami menerimanya dan percaya dia akan terus meningkat.

"Tolonglah, kamu harus faham dia dikelilingi pemain utama yang lain. Kamu perlu terus bekerja keras untuk mengatasi mereka semua, itulah yang kami mahukan daripada dia,” kata Zola.

Chelsea akan berdepan Manchester United dalam pusingan kelima Piala FA Selasa ini sebelum sekali lagi berdepan Malmo dalam saingan timbal balas kedua Liga Europa pada Khamis manakala berdepan Manchester City pada aksi final Piala Liga pada 24 Ferbuari. – AFP

485 dibaca
Berita Harian X