Isnin, 4 Februari 2019 | 11:12am
PEMAIN Atletico Madrid, Alvaro Morata (kiri) diasak pemain Real Betis, Zouhair Feddal pada aksi La Liga di Stadium Benito Villamarin, awal pagi tadi. - Foto AFP

Penampilan hebat diharap Morata tidak menjadi

MADRID: Penampilan pertama Alvaro Morata berakhir dengan kekecewaan ketika Atletico Madrid terlepas peluang keemasan untuk mengurangkan jurang di belakang Barcelona apabila tewas 1-0 di tangan Real Betis dalam La Liga awal pagi tadi.

Morata melakukan penampilan pertama buat Atletico di Benito Villamarin namun ia bukanlah perlawanan pembukaan hebat buat penyerang yang dipinjam dari Chelsea itu.

Keputusan seri diraih Barca dalam saingan di laman sendiri berdepan Valencia semalam  bermakna pencabar paling hampir boleh mengurangkan jurang kepada tiga mata di persada liga.

Begitupun penalti Sergio Canales buat Betis bermakna pada penghujung minggu ini, skuad dari Catalan itu akan bermula lebih jauh di depan.

“Perlawanan itu jelas,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Beberapa peluang untuk kedua-dua pasukan, mereka mengambil peluang penalti yang kita berikan dan itu sudah cukup.”

Betis, yang juga menewaskan Barca pada November, naik ke kedudukan keenam dan akan menjadi pasukan bahaya dalam saingan Piala Raja Sepanyol apabila mereka akan berdepan Valencia pada separuh akhir awal pagi Jumaat ini dengan final di stadium sendiri jika layak.

Morata bermula di depan bersama Antoine Griezmann, kecuali ketika serangan balas pantas, keserasiannya masih belum dilihat sedangkan Diego Costa dijangka kembali daripada kecederaan tidak lama lagi. - AFP

Berita Harian X