Isnin, 4 Februari 2019 | 11:09am
PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford mengasak pemain Leicester City, Ricardo Pereira di Stadium King Power, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Rashford terus meningkat di bawah Solskjaer

LEICESTER: Marcus Rashford meneruskan kebangkitan prestasi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer menerusi jaringan kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Leicester City, awal pagi tadi.

Dikritik kerana kekurangan 'keupayaan semulajadi' daripada bekas pengurus United, Jose Mourinho, Rashford dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo oleh Solskjaer minggu ini dan tekanan berada di bahu penyerang muda itu untuk menunjukkan kemampuannya.

Terlepas peluang awal menerusi tandukan pada awal saingan, perbandingan dijelmakan Solskjaer dengan pemenang lima kali Ballon d'Or, Ronaldo tampak begitu jauh tersasar.

Selepas itu bagaimanapun, dia menerima hantaran cantik daripada pemain United, Paul Pogba dan Rashford menemui jaringan diinginkan.

"Ia satu jaringan yang hebat," kata Solskjaer. "Dia sudah meningkat. Pogba dan Rashford adalah pemain yang saling membantu antara satu sama lain."

Peningkatan itu jelas berterusan.

Meledak tiga gol dalam liga sebelum sambutan Krismas di bawah Mourinho, Rashford kini sudah merekodkan enam jaringan dalam lapan perlawanan liga - pemain tunggal menjaringkan lebih banyak gol dalam Liga Perdana adalah pemain Tottenham, Son Heung-min.

Mourinho sering mengkritik Rashford terutamanya daripada kualiti penyudah pemain itu dengan berkata, dirinya kecewa dengan peluang di depan gol sebagai 'bukan mengenai tugasan, ia mengenai keupayaan semulajadi’.

Transformasi Rashford di bawah Solskjaer bagaimanapun membuktikan kesukaran Mourinho untuk menemui keupayaan sebenar pemain kebangsaan England itu.

"Kematangan di setiap tahun dilaluinya," kata penyerang England, Gary Lineker mengenai Rashford dalam media sosial selepas kemenangan ke atas Leicester.

"Dia sentiasa menyediakan keyakinan ke atas saya dan sentiasa tenang ketika melakukan penyudah." - AFP

727 dibaca
Berita Harian X