Ahad, 13 Januari 2019 | 1:10am
Pemain Liverpool, Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan bersama Jordan Henderson ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton & Hove Albion, di Brighton. - Foto Reuters
Mohamed Salah muncul wira Liverpool apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-50. - Foto Reuters
Pengendali Liverpool, Juergen Klopp ucap tahniah kepada pemainnya selepas tamat perlawanan. - Foto Reuters
Pemain Brighton, Shane Duffy cuba menghalang rembatan pemain Liverpool, Sadio Mane (kanan) ke arah gawang. - Foto Reuters
Pemain Brighton, Pascal Gross (kiri) diasak pemain Liverpool, Roberto Firmino dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Brighton. - Foto Reuters

Liverpool terus gah di puncak liga

LONDON: Liverpool terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Brighton & Hove Albion, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Reds kini mengumpul 57 mata selepas mengharungi 22 perlawanan, tujuh mata meninggalkan penghuni tangga kedua, Manchester City.

Bagaimanapun, City berpeluang merapatkan jurang mata itu andai berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers, awal pagi Selasa ini.

Penyerang Mesir, Mohamed Salah muncul wira Liverpool apabila meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-50.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain tengah Brighton, Pascal Gross mengasari Salah dalam kotak penalti.

Ia kemenangan cukup penting buat anak buah Klopp selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan terakhir  - tewas 1-2 di tangan City dalam aksi liga dan Wolverhampton dalam saingan Piala FA. – AGENSI 

1816 dibaca
Berita Harian X