Sabtu, 12 Januari 2019 | 12:27am
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri. - Foto Reuters

Sarri bidas Bayern

LONDON: Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri melabel Bayern Munich sebagai tidak profesional selepas kelab gergasi Jerman itu menyatakan mereka mahu menandatangani pemain sayap muda, Callum Hudson-Odoi daripada kelab London berkenaan.

Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic dipetik dalam laporan media berkata kelab itu terlalu berminat bagi menandatangani pemain berusia 18 tahun itu.

Sarri bagaimanapun membidas kenyataan dibuat bekas pemain tengah Bayern itu.

"Saya fikir ia tidak profesional kerana mereka bercakap mengenai pemain yang masih mempunyai kontrak bersama Chelsea.

"Jadi, mereka tidak menghormati kelab. Saya tidak tahu apa saya mahu cakapkan lagi. Saya tidak pasti situasinya," kata Sarrri ketika sidang akhbar menjelang aksi bertemu Newcastle United, malam esok.

Sarri berkata dia berpuas hati dengan perkembangan ditunjukkan Hudson-Odoi dan mahu pemain itu kekal bersama kelab itu. - REUTERS 

557 dibaca
Berita Harian X