Ahad, 30 Disember 2018 | 7:52am
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksli Liga Perdana Inggerid di Anfield, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Hatrik Firmino benam Gunners

LIVERPOOL, England: Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield untuk melonjak sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris ketika hatrik Roberto Firmino mencetus inspirasi kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal, awal pagi tadi.

Mohamed Salah dan Sadio Mane turut meledak gol ketika tiga penyerang Liverpool semuanya menjaringkan gol dalam perlawanan sama buat kali pertama musim ini.

Liverpool ketinggalan di laman sendiri dalam liga buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun apabila Ainsley Maitland-Niles menampan masuk hantaran silang Alex Iwobi selepas 11 minit.


PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto EPA

Bagaimanapun, pendahuluan itu hanya bertahan tiga minit apabila Firmino menghukum kesilapan benteng Arsenal untuk menyamakan kedudukan sebelum melepasi kawalan Shkodran Mustafi dan Sokratis Papastathopoulos bagi gol keduanya tiga minit kemudian.

Gol Mane dan penalti Salah sudah memastikan kemenangan buat Liverpool ketika rehat dan Firmino melengkapkan hatriknya menerusi penalti ketika anak buah Juergen Klopp meneruskan rekod permulaan tanpa kalah musim kepada 20 perlawanan dan mencerahkan peluang bagi kejuaraan liga pertama sejak musim 1989-1990.


PEMAIN Liverpool, Mohamed Salah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto Reuters

Manchester City kini ketinggalan di belakang pendahulu dengan 10 mata dan sekalipun jika mereka mengurangkan jurang kepada tujuh dengan kemenangan di Southampton malam ini, juara bertahan itu perlu menamatkan musim luar biasa Liverpool setakat ini apabila kedua-dua pasukan bertemu Khamis ini di Etihad.

Impian kejuaraan Tottenham terencat apabila Wolves meledak tiga gol dalam 18 minit terakhir untuk menang 3-1 di Wembley pada perlawanan terdahulu sekali gus menceriakan penyokong Anfield sebelum sepak mula. - AFP


PEMAIN Liverpool, Sadio Mane diasak pemain Arsenal, Stephan Lichsteiner pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X