Jumaat, 21 Disember 2018 | 3:13pm
MAURICIO Pochettino. - Foto Reuters

Pochettino ganti Mourinho?

LONDON: Pengendali Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino menjadi pilihan pemerhati sebagai pengganti Jose Mourinho di Manchester United, namun spekulasi itu enggan diulas pegawai media kelab berkenaan.

Pegawai media Spurs berkata, pengendali 46 tahun dari Argentina itu yang falsafah permainannya serta keupayaannya memupuk bakat muda mendapat pujian, sudah menangani spekulasi berkaitan jawatan di Old Trafford itu.

Beberapa jam selepas Mourinho dipecat, Pochettino berkata timbul banyak khabar angin dan dia tidak dapat menjawab soalan sebegitu tetapi menegaskan “akan memberikan usaha terbaiknya di kelab ini.”

Bagaimanapun ketika sidang media hari ini – menjelang perlawanan dengan Everton pada Ahad – pegawai media Spurs meminta wartawan mematikan kamera apabila terus diasak berkenaan spekulasi itu.

Di bawah Pochettino, Spurs belum pernah menjulang trofi sejak Piala Liga 2008 – dan dua kali terkandas di separuh akhir Piala FA serta disingkirkan Juventus dalam kelompok 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara musim lalu.

Kontrak Pochettino bersama Spurs hanya akan berakhir pada 2023. – AFP

 

 

Berita Harian X