Selasa, 18 Disember 2018 | 11:45pm
MAURICIO Pochettino

Spurs keutamaan Pochettino

LONDON: Mauricio Pochettino menghindarkan sebarang spekulasi yang mengaitkannya dengan Manchester United dengan berkata fokusnya adalah memberikan yang terbaik buat Tottenham.

Jose Mourinho dipecat United, hari ini susulan masalah yang melanda kelab itu selepas mengharungi kempen mengecewakan pada kempen 2018-19 dan menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah permulaan terburuk juara 20 kali Inggeris itu dalam sejarah Liga Perdana selepas 28 tahun dengan mereka kini ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Selain bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, Pochettino disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menggantikan tempat Mourinho musim depan selepas United mengesahkan tidak akan melantik pengurus sepenuh masa bagi mengharungi baki musim ini.

Ketika ditanya mengenai situasi berkenaan menjelang pertemuan Piala Liga menentang tetangga London, Arsenal, pengendali kelahiran Argentina itu menegaskan fokusnya hanya terarah kepada Spurs.

“Saya mahu memberikan ucapan selamat kepadanya (Mourinho). Ia menyedihkan, saya mengenainya dengan baik, dan ia adalah berita yang menyedihkan,” kata Pochettino.

“Tetapi apa yang berlaku di kelab lain bukanlah kerja saya, saya hanya mahu memberikan ucapan selamat kepada Jose. Selama lima tahun di sini begitu banyak khabar angin tersebar, saya menghormati pandangan semua orang.

“Apa yang sudah berlaku bukan kerja saya, saya hanya mahu memberikan yang terbaik kepada kelab ini.” - AGENSI

Berita Harian X