Sabtu, 8 Disember 2018 | 11:33pm
ORANG ramai sudah mula berkumpul di kaunter tiket Stadium Bukit Jalil untuk mendapat tiket perlawanan akhir Piala AFF 2018 yang akan dibuka jam 9 pagi esok. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
PENYOKONG sudah mula beratur seawal jam 9 malam untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
ESOK, 40,000 keping tiket akan dijual sehingga jam 5 petang atau sehingga habis. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
ORANG ramai sudah mula berkumpul di kaunter tiket Stadium Bukit Jalil untuk mendapat tiket perlawanan akhir Piala AFF 2018 yang akan dibuka jam 9 pagi esok. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
JUALAN tiket esok dijangka akan habis dijual dalam tempoh singkat. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

Penyokong sudah beratur beli tiket

KUALA LUMPUR: Walaupun kaunter tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka jam 9 pagi esok, penyokong sudah mula beratur seawal jam 9 malam untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang.

Esok, 40,000 keping tiket akan dijual sehingga jam 5 petang atau sehingga habis, namun bagi peminat yang gagal mendapatkan tiket secara dalam talian, mereka tidak mahu terlepas peluang kali kedua.

Sebelum ini, 40,000 tiket sudah habis dijual secara dalam talian melalui dua sesi dan jualan tiket secara fizikal akan dibuka esok di Stadium Nasional Bukit Jalil serta premis terpilih Al-Ikhsan.

Satu kaunter tiket khas juga dibuka di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada penyokong yang mempunyai keratan tiket perlawanan separuh akhir kedua Harimau Malaya menentang Thailand, di Bangkok.

Selasa ini, skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe akan berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil, sebelum bertandang ke Hanoi untuk perlawanan kedua pada 15 Disember ini.


PENYOKONG sudah mula beratur seawal jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

SANGGUP tidur di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala AFF 2018 yang akan dibuka jam 9 pagi esok. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

PEMINAT bola sepak negara membuka khemah di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

ORANG ramai sudah mula berkumpul di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mendapat tiket perlawanan akhir Piala AFF 2018 yang akan dibuka jam 9 pagi esok. - NSTP/Zunnur Al Shafiq

Harimau Malaya layak ke pentas akhir buat kali keempat selepas seri 2-2 dengan Thailand, namun mara berdasarkan peraturan jaringan di tempat lawan. Pada separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Bukit Jalil.

Jualan tiket esok dijangka akan habis dijual dalam tempoh singkat. Ini berdasarkan sambutan hangat peminat tempatan ketika aksi menentang Thailand serta Myanmar (peringkat kumpulan) yang menyaksikan lebih 80,000 penyokong membanjiri stadium.

Berdasarkan perkongsian gambar dan info melalui laman sosial penyokong, ramai yang mula beratur awal dengan ada yang membawa tikar serta bekalan makanan.

Sebelum ini, FAM menetapkan seorang penyokong hanya dibenarkan membeli lima keping tiket seorang. Pada masa sama, badan indu bola sepak negara itu mengingatkan penyokong supaya tidak membeli tiket daripada ulat tiket.

Berita Harian X