Sabtu, 10 November 2018 | 1:15am
ROMELU Lukaku

Lukaku sedia 'ganyang' City

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku kembali menjalani latihan menjelang pertembungan tetangga berdepan Manchester City, Ahad ini, kata pengurus Jose Mourinho.

Lukaku yang setakat ini baharu menyumbat empat gol pada kempen ini, terlepas kemenangan Liga Juara-Juara 2-1 ke atas Juventus disamping kejayaan membenam Bournemouth 2-1 berikutan mengalami kecederaan otot.

Penyerang antarabangsa Belgium itu bakal menyertai semula pasukan untuk kunjungan ke Etihad, namun dengan syarat harus mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini sewaktu latihan.

"Lukaku sudah menjalani latihan pagi ini," kata Mourinho dalam sidang media. "Jika keputusannya positif, dia pastinya bersedia."

Juara bertahan, City kini berada di puncak liga dengan kelebihan dua mata di depan Chelsea dan Liverpool tetapi jauh meninggalkan pasukan tangga ketujuh, United dengan sembilan mata.

Dalam pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan pada musim lalu menyaksikan United mencatat kemenangan 3-2. - REUTERS

1055 dibaca
Berita Harian X