Sabtu, 27 Oktober 2018 | 5:15pm
SEBAHAGIAN penyokong Terengganu dan Perak bergambar bersama menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias
PENYOKONG Terengganu yang hadir pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias
SEBAHAGIAN penyokong yang tiba bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin
PENYOKONG Terengganu yang hadir pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias
PENYOKONG Terengganu, Maline Mohd Fauzi, 31, (kiri) bergambar bersama penyokong Perak menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Aswadi Alias
PENYOKONG cilik dari Kuala Terengganu, Aulia Rania Izzatunnisa Meor Muzammer, 6, dan adiknya, Muhammad Aqil Rayyan Meor Muzammer, 4, antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
ANGGOTA keselamatan melakukan pemeriksaan ke atas penyokong yang memasuki Stadium Shah Alam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
SEBAHAGIAN penyokong Perak yang hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

Stadium Shah Alam makin meriah

SHAH ALAM: Di sebalik hujan lebat dan kejadian banjir kilat di kawasan letak kereta berdekatan Stadium Shah Alam, suasana menjelang final Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak semakin gamat dan meriah.

Meskipun puluhan ribu penyokong sudah membanjiri pekarangan stadium, namun tiada kejadian tidak diingini yang berlaku sekali gus membuktikan betapa tingginya semangat kesukanan yang ditunjukkan penyokong kedua-dua pasukan.

Nyata permusuhan di atas padang tidak dibawa ke luar padang apabila ada antara kelompok penyokong yang tidak berdepan masalah untuk bergambar bersama penyokong lawan yang berlainan ‘jersi’.

Pelbagai gelagat dan gaya ditampilkan kedua-dua penyokong bagi menghangatkan suasana sekali gus menghasilkan suasana unik serta gamat.

Mengecat muka, memakai topi yang pelik dan pelbagai lagi gaya pakaian turut ditampilkan dan tidak ketinggalan terdapat sebilangan penyokong yang turut menggayakan baju hujan gara-gara hujan lebat sejak jam 2.45 petang tadi.


PENYOKONG Perak dari Seri Manjung, Dalina Aziz, 29, dan Liana Aziz, 29, antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Mereka turut menjerit kegembiraan sambil diiringi nyanyian lagu negeri masing-masing apabila dibenarkan masuk kira-kira lima jam sebelum perlawanan berlangsung pada jam 9 malam ini dengan bantuan kawalan pihak berkuasa.

Kali terakhir rakyat Terengganu menikmati kejayaan menjulang Piala Malaysia pada 17 tahun lalu manakala Perak pula sudah memenangi trofi berprestij itu sebanyak tujuh kali dengan kali terakhir pada 2000.


KEADAAN banjir kilat di kawasan letak kereta berdekatan Stadium Shah Alam.

SEBAHAGIAN penyokong yang tiba bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X