Rabu, 10 Oktober 2018 | 1:34pm
PEMAIN Chelsea, Eden Hazad sewaktu pasukannya menentang Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris 7 Oktober lalu. - Foto Reuters

Barkley rayu Hazard kekal

LONDON: Ross Barkley meminta Eden Hazard tidak meninggalkan Chelsea untuk ke Real Madrid.

Pemain Belgium itu sudah lama menjadi sasaran kelab gergasi Sepanyol itu dan mengakui awal minggu ini bahawa Real memang kelab idamannya.

Pemain tengah Chelsea, Barkley sedar kehilangan Hazard akan menjadi ancaman besar dan merayu rakan sepasukannya itu supaya tidak meninggalkan Blues.

Barkley berkata: “Dia pemain yang menakjubkan dan dia juga sayangkan kelab ini. Dia sudah mencapai banyak perkara besar dan jika dia kekal, saya yakin dia akan menang lebih banyak trofi bersama kelab.

“Ia penting kerana dia sudah berada di Chelsea untuk tempoh yang lama dan saya mahu bermain bersamanya untuk tempoh yang lama.

“Dia mencetus inspirasi. Dia pemain yang mengagumkan dan anda tidak melihat ramai pemain sepertinya.

“Dia pemain yang menakjubkan dan dia ada impian sendiri. Saya mahu dia kekal kerana dia amat penting. Tapi semua bergantung kepadanya.”

Tonggak Belgium itu melalui musim penuh sensasi bersama Blues musim ini apabila meledak lapan gol dalam 10 perlawanan seterusnya menjadikan dia antara bintang terhebat dunia.

Hazard, 27, akan memasuki 12 bulan terakhir dalam perjanjian asalnya di Stamford Bridge musim panas depan dan dia masih enggan menyatakan mengenai masa depannya bersama kelab London itu.

Bos Blues terdesak untuk mendapatkan tandatangannya bagi perjanjian lebih lama ketika Maurizio Sarri mahu kembali menjadi juara England dan Eropah. - Agensi

Berita Harian X