Selasa, 2 Oktober 2018 | 12:21pm
PEMAIN Barcelona, Lionel Messi. - Foto Reuters

Messi tugas sukar di Wembley

BARCELONA: Ketika Lionel Messi menjejakkan kaki di padang Wembley, tangan kirinya menggenggam trofi Liga Juara-Juara dan tangan kanan dijulang ke atas dengan dia menjangkakan akan ada lebih banyak lagi malam yang gemilang di pentas Eropah.

Ketika itu adalah pada tahun 2011 dan Barca menewaskan Manchester United 3-1.

“Tiada siapa memberi kami kekalahan sebegitu,” kata pengurus United, Alex ferguson.

“Mereka lebih bagus berbanding yang lain. Ramai yang meramalkan Barca akan mendominasi Eropah untuk sedekad lamanya selepas persembahan yang memukau itu. Kami ada cabaran dengan Barcelona,” kata Ferguson.

Messi menjaringkan gol kedua pasukan. Barcelona mendapat tumpuan jurugambar dan nama kelab itu diukir sekali lagi ke trofi itu buat kali keempat.

Namun, bagi Messi yang berumur 23 tahun, ia adalah kejayaan ketiga Liga Juara-Juara buatnya dalam tempoh enam tahun.

Tetapi sejak itu, hanya ada satu dalam tujuh musim, mereka berjaya kembali ke puncak apabila Luis Enrique mengetuai pasukan untuk kejayaan trebel Barca pada 2015.

Lebih buruk, musuh mereka, Real Madrid sudah dimahkotakan kejuaraan Eropah sebanyak empat kali dan juga tiga kali berturut-turut sejak 2016.

“Mereka mencipta sejarah dan ada ia menyakiti kami,” kata penyerang Barca, Luis Suarez.

Messi kembali ke Wembley untuk pertemuam menentang Tottenham pada awal pagi Khamis ini dengan kenangan yang indah tetapi semuanya bergantung pada bahunya.

Bagi kebanyakan pemain, empat gelaran Liga Juara-Juara adalah tidak terlintas di fikiran, tetapi bagi Messi, ia adalah mudah bermain dalam era itu.

“Sudah tiba masanya kami memenangi Liga Juara-Juara,” kata Messi dalam temuramah bersama Radio Catalunya bulan lalu. - Reuters

 

 

 

Berita Harian X