Selasa, 18 September 2018 | 8:59pm
JAROSLAV Silhavy - Foto AFP

Silhavy jurulatih baharu Republik Czech

PRAGUE: Persatuan Bolasepak Republik Czech (FACR) melantik bekas pertahanan Slavia Prague, Jaroslav Silhavy sebagai jurulatih skuad kebangsaan mereka bagi menggantikan Karel Jaroli yang dipecat minggu lalu.

“Ia satu penghormatan yang hebat... dan komitmen besar kepada seluruh negara,” kata Silhavy, 56, kepada pemberita.

Jarolim berkhidmat selama dua tahun selepas tewas 2-1 di tangan Ukraine dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara dan kecundang 5-1 kepada Russia pada aksi persahabatan, kekalahan terburuk sejak Republik Czech menjadi negara merdeka pada 1993.

“Kami berdepan pelbagai kritikan dan penyokong sangat kecewa. Jadi kami perlu bekerja keras untuk memujuk peminat,” kata Silhavy.

“Matlamat jangka pendek sudah jelas - Liga Negara-Negara, kita perlu mencuba dan meraih kejayaan dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan seterusnya, Republik Czech akan berdepan Slovakia dalam saingan Liga Negara-Negara pada 13 Oktober.

Silhavy memulakan kerjaya kejurulatihan pada 1999 dan bertindak sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Republik Czech, Karel Bruckner yang membawa skuad itu ke separuh akhir kejohanan Eropah pada 2004 dan selepas itu Piala dunia 2006. - AFP

Berita Harian X